About Me

Seandainya ada kamera yang mengawasi kita 24 jam dan mempertontonkan hasil rakamannya di hadapan semua umat manusia, kita pasti akan berhati-hati dan menjauhi dosa. Berita buruknya, kamera itu memang ada, bahkan lebih canggih lagi, Allah Maha Melihat, dan hasilnya nanti memang akan dipertontonkan pada hari Pengadilan. Berita baiknya, masih ada waktu untuk bertaubat, menghapus rakaman lama, memulakan rakaman baru! InsyaAllah!!

Saturday 12 November 2011

Pengenalan Kepada CBIS


1.1    Pengenalan Kepada CBIS

Sistem maklumat berasaskan komputer (CBIS) amat luas penggunaanya, ianya  bukan sahaja terhad kepada organisasi besar sahaja, bahkan digunakan oleh syarikat-syarikat kecil sehingga peringkat individu di rumah. Ini membuktikan betapa pentingnyan sistem maklumat dalam kehidupan kita. Oleh itu, adalah wajar kita memahami dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan       dengan sistem maklumat, komponen-komponen binaannya dan kebaikan penggunaannya.


1.2.1   Konsep Sistem


Sistem adalah satu koleksi komponen-komponen yang berkaitan antara satu sama lain dan saling berinteraksi untuk mencapai matlamat.  Ciri-ciri satu sistem adalah :

a.    Tujuan
Matlamat atau objektif yang hendak dicapai.

b.    Komponen
Beberapa elemen dan dikenali sebagai sub-sistem.

c.    Sempadan
Garisan pemisah di antara sistem luar dengan sistem dalam. Sempadan mengasingkan sistem dengan persekitaran luar.

d.    Antaramuka
Titik atau laluan atau bukaan di sempadan di mana input daripada persekitaran masuk ke dalam sistem dan output daripada sistem keluar ke persekitaran.

e.   Input
Sebarang objek atau elemen yang masuk daripada persekitaran ke  dalam sistem. Input diperlukan bagi membolehkan komponen-komponen sub-sistem berfungsi dan bertugas.

f.    Output
Input yang masuk akan diproses dan keluarkan kepada persekitaran sebagai output.

 

















 


       

 

 

          

 

 


RAJAH 1.1 : CIRI-CIRI SISTEM

 
 



f.     Data

Data merupakan input kepada sesebuah sistem maklumat. Data adalah   sesuatu yang belum diproses dan mempunyai maksudnya yang tersendiri. Contohnya huruf, nombor, imej, bunyi atau video.

       

g.    Maklumat

      Data yang telah diproses dan bermakna. Maklumat yang selalunya dihasilkan   oleh  sistem maklumat adalah dalam format laporan, graf dan paparan pada skrin.

















1.2       ciri-ciri maklumat yang baik untuk kegunaan pengguna


1.2.1   Tepat
Maklumat yang dihasilkan bebas daripada ralat. Maklumat yang mengandungi ralat  adakalanya lebih merbahaya daripada keadaan tiada maklumat. Ini kerana maklumat sedemikian mungkin membuatkan pengguna mengambil keputusan yang salah.

1.2.2    Lengkap
Maklumat sempurna dan lengkap bermaksud segala keperluan  pengguna   maklumat dipenuhi.

1.2.3      Berwibawa
Maklumat tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi disamping  boleh dirujuk semula akan sumber maklumat tersebut sekiranya dikehendaki.

1.2.4      Relevan
Maklumat yang dapat memenuhi kehendak dan kemahuan pengguna maklumat.

1.2.5      Jimat
Maklumat yang akan dihasilkan oleh sistem maklumat tersebut mestilah  mempunyai ciri keberkesanan kos, dimana pelaburan bagi menghasilkan maklumat tersebut adalah rendah berbanding pendapatan ataupun keuntungan yang diperolehi.

1.2.6      Anjal
Maklumat yang dihasilkan boleh digunakan oleh orang ramai  (pengguna) dan untuk pelbagai tujuan.

1.2.7    Ringkas
Maklumat yang dipersembahkan kepada pengguna hendaklah dalam bentuk yang mudah difahami.  Maklumat yang terlalu padat atau terlalu banyak boleh menyebabkan limpahan maklumat kepada pengguna.

1.2.8     Pemasaan (Timely)
Ciri ini sangat penting kerana maklumat di luar masa dikehendaki, mungkin tidak lagi berguna.  Apabila pengguna maklumat memerlukan suatu maklumat pada suatu masa dan tempat, maka sistem maklumat tersebut seharusnya berkeupayaan untuk menjanakan maklumat tersebut tepat pada waktunya.

1.2.9     Keselamatan
Maklumat seharusnya mempunyai ciri sekuriti bagi membolehkan hanya orang yang berhak dan layak sahaja memilikinya.




1.3    Sistem Maklumat


Sistem maklumat adalah satu koleksi komponen-komponen yang berkaitan di antara satu sama lain dan saling berinteraksi untuk ‘keluar-masuk’, memproses dan menghasilkan output yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Fungsi-fungsi utama sistem maklumat adalah:

·         Menerima input ialah penerimaan fakta atau data  yang datang dari luar sistem.

·         Pemprosesan data ialah pengolahan (manipulasi) data untuk menjadi maklumat.

·         Output ialah penghasilan maklumat untuk digunakan di luar sistem.

·         Storan data ialah tempat menyimpan maklumat untuk rujukan atau kegunaan di masa akan datang.




1.4    Sistem Maklumat Berasaskan Komputer


Suatu sistem maklumat boleh dikategorikan kepada dua iaitu manual dan automasi.  Sistem maklumat automasi juga turut dikenali sebagai sistem maklumat berkomputer atau sistem maklumat berasaskan komputer.   Sebelum kehadiran komputer, semua sistem maklumat adalah dalam bentuk manual iaitu proses pengumpulan data dan mengolah maklumat dilaksanakan tanpa mengunakan komputer. Namun setelah wujudnya komputer, hampir kebanyakan sistem maklumat yang digunakan dewasa ini adalah automasi atau menggunakan komputer sehingga menyebabkan istilah sistem maklumat menjadi sinonim dengan sistem maklumat berkomputer.


1.4.1      Komputer dan Sistem Maklumat

Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Sistem maklumat yang tepat, sistematik dan pantas dapat diwujudkan melalui penggunaan  komputer.

 











1.5      Peranan DAN FUNGSI CBIS


1.5.1  PERANAN CBIS

Untuk pengetahuan kita, sistem maklumat mempunyai 5 fungsi utama iaitu:

·         input,
·         proses,
·         output storan
·         kawalan

Rajah 1.2 menunjukkan 5 fungsi atau aktivi sistem maklumat serta hubungan antaranya.




 
































Sumber :  Management Information Sistem oleh James A.O’Brien.



RAJAH 1.2 : FUNGSI-FUNGSI CBIS

 
 








1.5.2      Fungsi CBIS


a.    Input
Data mentah sama ada daripada organisasi atau persekitaran luaran untuk dIproses.

b.   Proses
Menukarkan data mentah kepada maklumat yang berguna.

c.   Output
Mengagihkan maklumat yang telah diproses kepada manusia untuk  digunakan.

d.    Storan
Ruang penyimpanan kepada sumber data yang telah ditukarkan kepada bentuk maklumat.

e.    Kawalan
Mengawal perjalanan dan memastikan pencapaian  atau kemajuan sistem maklumat.




1.6 Komponen-komponen Sistem Maklumat Berbantukan Komputer


1.6.1      Perkakasan (Hardware)
Alatan fizikal sesebuah komputer. Contoh: papan kekunci, monitor, Unit Pemprosesan Pusat (CPU), tetikus, pencetak dan sebagainya.  Perkakasan digunakan untuk tujuan memasukkan data, memproses data menjadi maklumat, mengeluar serta menyimpan maklumat.  Manakala peralatan komunikasi membolehkan perkongsian maklumat melalui rangkaian dan penyambungan.

1.6.2      Perisian (Software)
Set arahan yang menggerakkan perkakasan.  Contoh Microsoft Word, Excel, Access dan sebagainya.  Secara umum perisian komputer terbahagi kepada 2 jenis iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.  Kedua-dua jenis perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.

1.6.3      Manusia
Mengeluarkan produk, memberi perkhidmatan, meyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Manusia yang menggunakan komputer dikenali sebagai pengguna akhir (end user) atau pengguna.

1.6.4      Data
Meliputi semua jenis data yang tersimpan dan digunakan oleh sistem maklumat tersebut.  Data boleh terdiri daripada fakta-fakta, nombor, perkataan, imej, audio dan video. Binaan asas bagi data merupakan abjad, simbol khas seperti (?), noktah bertindih (; ) dan sebagainya.
1.6.5      Prosedur
Arahan yang menerangkan bagaimana untuk mengendalikan dan menggunakan sistem maklumat.

Rajah 1.3 di bawah menunjukkan aliran data ke komputer untuk diproses menjadi maklumat.
 


 









Sumber :  Management Information Sistem oleh James A.O’Brien.



RAJAH 1.3 : Sistem Maklumat Berbantukan  Komputer

 
 







1.7    Model CBIS


Model dalam pembangunan sistem, boleh ditakrifkan sebagai perwakilan bahagian tertentu yang diambil daripada alam nyata. Dalam keadaan tertentu,  model adalah sama seperti produk sebenar. Terdapat juga model yang ditunjukkan dalam bentuk perwakilan grafik dan animasi. Bagi pembangunan sistem maklumat , model yang digunakan termasuk input, output, proses, data, objek , interaksi antara objek , lokasi, rangkaian dan juga peranti-peranti yang terlibat.

Model yang digunakan dalam pembangunan sistem maklumat ialah model perancangan projek (Project Planning Model ), seperti carta PERT dan CARTA GANTT. Model ini menunjukan perwakilan projek pembangunan sistem itu sendiri, yang mana mengenengahkan tugasan atau aktiviti dan tarikh siap bagi setiap aktiviti tersebut.  Model lain yang berkaitan dengan pengurusan projek ialah carta yang menunjukkan agihan tenaga kerja bagi suatu projek. Carta ini dipanggil Carta Hierarki Organisasi ( Organizational Hierarchy Chart )

Jadual 1.1 dibawah menunjukkan contoh-contoh model yang diperlukan bagi proses pembangunan Sistem Maklumat.













Model Komponen Sistem


  • Carta Alir
  • Rajah Aliran Data
  • Rajah Perhubungan Entiti
  • Carta Struktur
  • Rajah Kes Kepenggunaan
  • Rajah Kelas
  • Rajah Aliran




Model Pengurusan Proses Pembangunan

  • Carta PERT
  • Carta GANTT
  • Rajah Struktur Organisasi
  • Model Analisis Kewangan NPV
  • ROI


Sumber :  Management Information Sistem oleh
James A.O’Brien.



JADUAL 1.1 : MODEL PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT
 
 









































Description: PE02658_
 


AKTIVITI

 









Soalan 1

Takrifkan istilah-istilah berikut :

i.      Sistem
ii.     Sistem Maklumat
iii.    Data
iv.   Maklumat
v.    Sistem Maklumat Berasaskan Komputer


Soalan 2

Nyatakan ciri-ciri maklumat yang baik.


Soalan 3

Berikan 2 contoh Sistem Maklumat yang wujud pada masa kini. Anda dikehendaki memberi penerangan tentang sIstem maklumat tersebut  berdasarkan aspek berikut :

i.      Nama sistem tersebut
ii.     Pengenalan kepada sistem
iii.    Kebaikan sistem
iv.   Proses-proses yang terlibat .
v.    Rekabentuk input dan rekabentuk output.

Syarat-syarat tugasan
i.              Tugasan berkumpulan, bilangan ahli 2 orang
ii.             Tugasan ini perlu dipersembahkan di hadapan kelas.



Soalan 4

Nyatakan fungsi utama Sistem Maklumat Berasaskan Komputer (CBIS).







Soalan 5

5.                                                 Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul.
     





Model Komponen Sistem


_______________________
_______________________
_______________________
_______________________
_______________________







Model Pengurusan Proses
Pembangunan

_______________________
_______________________
_______________________
_______________________

































MAKLUM BALAS 








SOALAN 1

i.      Sistem adalah satu koleksi komponen-komponen yang berkaitan   antara   satu sama lain  dan saling berinteraksi untuk mencapai matlamat.

ii.     Sistem maklumat adalah satu koleksi komponen-komponen yang berkaitan   antara  satu sama lain dan saling berinteraksi untuk menerima inout , memproses serta menghasilkan output yang digunakan bagi mencapai sesuatu objektif.

iii.    Data merupakan input kepada sesebuah sistem maklumat. Data  adalah sesuatu yang belum diproses dan mempunyai meksudnya yang tersendiri. Contohnya huruf, nombor, imej, bunyi atau video.

iv.  Data yang telah diproses dan bermakna. Maklumat yang selalunya  dihasilkan oleh sistem maklumat adalah dalam format laporan, graf dan paparan pada skrin.

v.  Suatu sistem maklumat boleh dikategorikan kepada 2 iaitu manual dan automasi. Sistem maklumat automasi juga turut dikenali sebagai sistem maklumat berkomputer atau sistem maklumat berasaskan komputer.




SOALAN 2

Berikut merupakan ciri-ciri maklumat yang baik untuk kegunaan pengguna.

i.    Tepat
Maklumat yang dihasilkan bebas daripada ralat. Maklumat yang    mengandungi ralat adakalanya lebih merbahaya daripada keadaan tiada maklumat. Ini kerana maklumat sedemikian mungkin menghasilkan keputusan silap yang langsung memberi pada kepada pengguna.

ii.     Lengkap
Maklumat sempurna dan lengkap bermaksud segala keperluan  pengguna   maklumat dipenuhi.

iii.    Berwibawa
Maklumat tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi    disamping  boleh dirujuk semula akan sumber maklumat tersebut sekiranya dikehendaki.

iv.    Relevan
Maklumat yang dapat memenuhi kehendak dan kemahuan pengguna    maklumat.

v.    Jimat
      Maklumat yang akan dihasil oleh sistem maklumat tersebut mestilah mempunyai ciri keberkesanan kos dimana, pelaburan bagi menghasilkan maklumat adalah rendah berbandingkan pendapatan ataupun keuntungan yang diperolehi.

vi.   Anjal
Maklumat yang dihasilkan boleh digunakan oleh orang rammai  pengguna dan untuk pelbagai tujuan.

vii.  Ringkas
Maklumat yang dipersembahkan kepada pengguna maklumat hendaklah dalam bentuk yang mudah difahami dalam penggunaannya. Maklumat yang terlalu padat atau terlalu banyak menyebabkab keadaan limpahan maklumat kepada penggunanya.

viii.    Timely
Ciri ini sangat penting kerana maklumat di luar masa dikehendaki, mungkin tidak lagi berguna. Apabila pengguna maklumat memerlukan suatu maklumat pada sekian masa dan tempat, maka sistem maklumat tersebut seharusnya berkeupayaan untuk menjanakan maklumat tersebut tepat pada waktunya.

ix.   Keselamatan
Maklumat seharusnya mempunyai ciri sekuriti bagi membolehkan hanya orang yang berhak dan layak sahaja memilikinya.



SOALAN 3


i.              Cari sebarang sistem yang digunakan oleh organisasi/syarikat/jabatan     yang ada pada masa kini. Contohnya Sistem Pendaftaran Pelajar PSP.

ii.             Sistem Pendaftaran Pelajar PSP merekodkan maklumat peribadi pelajar, maklumat asrama dan maklumat berkaitan dengan peperiksaan bagi semua pelajar semester 1 hingga 6 Politeknik Seberang Perai (PSP). Sistem ini diuruskan oleh kakitangan Hal-hal pelajar PSP.

iii.            Kebaikan sistem :
§  Merekodkan maklumat pelajar secara sistematik dan pantas.
§  Maklumat pelajar dapat disimpan dengan cepat dan selamat
§  Pencarian rekod pelajar boleh dibuat  berdasarkan nama atau nombor pendaftaran.
§  Tidak berlaku sebarang tindanan maklumat.
§  Rekod pelajar dihubungkan dengan asrama, peperiksaan dan hal-hal pelajar









iv.           Proses-proses yang terlibat


 












 

 



SOALAN 4


 Fungsi CBIS


i.  Input
Data mentah sama ada daripada organisasi atau persekitaran luaran untuk diproses.

ii.   Proses
Menukarkan data mentah kepada maklumat yang berguna

iii.  Output
Mengagihkan maklumat yang telah diproses kepada manusia untuk  digunakan.

iv.  Storan
Ruang penyimpanan kepada sumber data yang telah ditukarkan ke bentuk maklumat.

v.   Kawalan
Mengawal perjalanan dan memastikan pencapaian  atau kemajuan sistem maklumat.

No comments:

Post a Comment